Saya sangat penat dengan segala kelas dan persediaan exam ini. lagi penat memikirkan tentang exam Khamis ni, dan satu habuk pun aku tak konfiden nak jawab. Tapi aku tak ada pilihan, kena juga jawab dan lulus dengan jayanya.
Penat sebab dan seminggu lebih, kuar rumah 6.30 pagi…which means, kul 5.30am aku dah bangun pagi,bersiap…azan Subuh je terus semayang and kuar rumah. Meredah jalan yang masih gelap tetapi kenderaan dah muka banyak. Sampai ke kampus…7.15am takpun 7.30 am, brakfast dan terus masuk kelas dari 8am hinggalah 5.30pm or kadang-kadang 6pm. Sekali lagi melalui FH..untuk balik ke rumah. Tak teruk sangat sebab pak poli*s mmg sungguh bagus menjaga lalu lintas dan traffic. Cayalah….so bolehlah sampai rumah dengan okay walaupun jam juga sekali sekala.
Itu bab transportation….sekarang tengah pening kepala tak tahu nak study macam mana , nak spot soalan apa..aku rasa so helpless…Arghhh tensen.Aku nak lulus..aku nak lulus…lepas exam terus kena gi B*TN plak…aduihhh…so maknanya malam ni aku kena kemas baju dah….but I’m so tired…so dead tired.Aku dok tido 2-3 jam je sehari…sejak jumaat,sabtu,ahad,isnin….erkhhh….tensen..
Ya Allah tolonglah aku…..aku nak buat semayang hajat bebanyak biar otak aku terang and instinct aku betul…ya allah tolonglah!